Latar Belakang Pertempuran_Lepanto_(1571)

Gambaran Tentera Laut Uthmaniyyah semasa Pertempuran Lepanto

Sebuah perikatan Kristian telah diusahakan oleh Paus Pius V bagi menyelamatkan jajahan Venice di Famagusta, yang mana terletak di pantai Cyprus. Famagusta telah dikepung oleh Uthmaniyyah pada awal tahun 1571 selepas kejatuhan Nicosia dan wilayah-wilayah Venice lain di Cyprus pada tahun 1570.

Panji armada yang dikurnia oleh Paus, tiba di Kerajaan Beraja Naples (kemudian diperintah oleh Raja Sepanyol) pada 14 Ogos 1571. Di sana, bertempat di Basilika Santa Chiara, upacara mengangkat sumpah diamanahkan kepada John dari Austria, yang mana dinamakan sebagai pemimpin pasukan berikat selepas perbincangan yang panjang dengan para sekutu. Armada ini kemudian meninggalkan Messina dan bergerak ke Sicily. Mereka tiba (selepas beberapa kali berhenti) di pelabuhan Viscardo di Cephalonia, di mana mereka menerima berita kejatuhan Famagusta dan penyeksaan yang dilakukan oleh Uthmaniyyah kepada komander Venice di kubu itu, Marco Antonio Bragadin.

Pada 1 Ogos, orang-orang Venice menyerah diri setelah diberi jaminan bahawa mereka boleh meninggalkan Cyprus dengan bebas. Bagaimanapun, komander Uthmaniyyah, Lala Kara Mustafa Pasha, yang kehilangan lebih kurang 50,000 askar semasa pengepungan,[13] membatalkan janji beliau dan memenjarakan orang-orang Venice. Pada 17 Ogos, Bragadin telah dikuliti hidup-hidup dan mayat beliau digantung di ghali Mustafa bersama-sama dengan kepala para komander Venice, Astorre Baglioni, Alvise Martinengo dan Gianantonio Querini.

Meskipun dalam cuaca buruk, kapal-kapal tentera Kristian belayar ke selatan dan pada 6 Oktober, tiba di pelabuhan Sami, Cephalonia (kemudian juga dikenali dengan nama Val d'Alessandria), di mana mereka berlabuh sebentar. Pada 7 Oktober, mereka berlayar ke arah Teluk Patras, di mana mereka bertemu dengan armada Uthmaniyyah. Walaupun kedua-dua armada tidak mempunyai sebarang sumber-sumber strategik atau tujuan di teluk ini, kedua-dua pihak memutuskan untuk bertempur. Armada Uthmaniyyah menerima arahan segera daripada Sultan Selim II untuk berlawan, dan John dari Austria mendapati adalah perlu untuk membuat serangan bagi mengekalkan integriti ekspedisi selain menyelesaikan pertikaian peribadi dan politik dalam kalangan Liga Suci.[14]

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran_Lepanto_(1571) http://www.britannica.com/EBchecked/topic/336733/B... http://www.catholic.com/thisrock/2007/0703fea2.asp http://www.theartofbattle.com/battle-of-lepanto-15... http://santomikael.wordpress.com/2008/10/07/bunda-... http://www.lepanto.org http://nobility.org/2010/10/07/short-stories-on-ho... http://collections.rmg.co.uk/collections/objects/1... https://books.google.com/books?id=APlvG4Ur6TwC&pg=... https://books.google.com/books?id=IzepS15bgicC&pg=... https://books.google.com/books?id=PmZMxsbPt7gC&pg=...